Wednesday, November 26, 2008

ODER JE

Aku balik keje semalam, si kenit dua tahun Enysh tengah makan biskut.

Aku cium kepala dia, aku kata "Enysh dok sini ye, Ayong nak gi buat air."

Dia dongak kepala, "Ayong, kefefe, shejuk..."

Amboi amboi amboiiii.....

Tak padan dengan kenit, cakap pun pelat lagi, ada hati nak oder aku buatkan nescafe ais.... cheh!

Monday, November 17, 2008

MACAM SIUT

Hari Jumaat, menapak jauh sikit untuk makan tengahari. Biasalah keje gomen, waktu rehat hari Jumaat kan panjang sikit.

Dah berbulan-bulan tak makan ayam peri-peri. Jadi aku pun singgah la di restoran ayam peri-peri di Sogo. Huh. Servis lembab nak mampus, dah nak habis ice-lemon tea segelas aku minum, baru dapat ayamnya. Tak apa, aku maafkan, sebab ice-lemon tea tu boleh refill... hehehe. Sementara tu, pelanggan kat meja sebelah dok merungut. Udah le kena tunggu lama, pastu waitress silap hantar order pulak. "Ni table service ke, atau nak suruh kita self-service?" kata akak tudung merah tu.

Lepas makan, aku panggil sorang waitress, minta bil. Oh, cuma RM23.90. OK, aku hulurkan RM24.00. Berapa bakinya? Ya betul, 10 sen aje. Tak apalah, aku kira halal jelah 10 sen tu. Aku pun bangun dan menapak keluar dari restoran peri-peri tu.

Tetiba depan orang ramai tu, ada satu waitress bangang dengan suara kuat kata "Oiiii... tu dah bayar ke belum?"

Aku toleh belakang dengan mata buntang.

Nasib baik sorang lagi waitress signal kat si waitress bangang tu "dah bayar la!"

Kalau tidak, mau aje aku tuang sebotol sos peri-peri kat kepala waitress bangang tu.

Macam siut.

Friday, November 07, 2008

BLANKY

Masa kecik dulu, korang ada security blanket tak? Well, tak semestinya lah selimut aje kan. Actually it's a term for a familiar object that makes a child feel safe and comfortable. Can be a pillow, doll, teddy bear, blanket, clothing etc. It's commonly known as 'blanky'. First time yang aku find out about blanky tu bila baca kartun Peanuts - ada satu karektor budak lelaki yang dok usung selimut ke hulu ke hilir tu.




Jepun ni suka buat benda pelik-pelik, kan? :-)


As far as I recall, aku dulu takde blanky yang spesifik. Cuma aku kalau nak tidur mesti ada 2 bantal, satu untuk kepala dan satu untuk dipeluk. In fact, kalau ada satu bantal aje, I'd rather hug it than have it under my head. Masa membesar dulu aku tido satu katil dengan Angah, dan selalu jugak berebut bantal, dan curi bantal each other kalau terjaga tengah malam.

Need I say more? Yes, it is an actual pillow, dari Jepun huhuu!

Pakcu, well, he's always had a bantal busuk. Camana nak buat bantal busuk ye? Rasanya bucu bantal tu digentel dan dihisap kot, sebab tu la bau busuk bila air liur melekat dan kering kat situ eww......! Mula dari bantal baby yang kecik, Pakcu's bantal busuk progressed in size, sampai lah ke saiz bantal biasa. Bila dah busuk, Ibu cuci bantal tu. Tapi Pakcu tak suka bantal yang dah wangi, so dia busukkan balik. Bila Ibu buang bantal yang dah busuk, no problem, Pakcu busukkan bantal lain pulak. Aku cukup geli dengan bantal busuk Pakcu dulu... busuk ya amat! Aku harap la ni dah takde bantal busuk la, nanti dah kawin, bini pun pening kepala huuuhuuuu!


I remember one Raya open house, where one of the guests' child insisted on taking his blanky along. Tak kisah je, cuma blanky dia tu, is a comforter. Adeh la... dia seret bahagian depan comforter tu, dan maknya terpaksa usung bahagian belakang, yelah comforter kan ke berat & besar. Naya betul hehe :-)



My nephew Enysh now has a blanky. Selimut lama Abah yang telah di tuntut hakmilik oleh Enysh - kalau dia tengah pegang selimut tu, orang lain tak boleh pegang sama, nanti dia nangis. Nama blanky dia "Shimok". Ngan Shimok ni pun aku geli sket, sebab Enysh akan lap air mata la, hingus la, dengan Shimok. Kalau berjalan, Shimok tu meleret le atas lantai, sib baik dalam rumah je.


Bila dah lena, barulah Shimok jadi selimut


Some kids hug a soft toy to sleep. I used to have a yellow teddy bear to play with and sekali-sekala bawak tido jugak, called Bear-bear. But I discarded that one after it started to smell. Salah aku jugak, aku pegi mandikan Bear-bear, lepas tu berhari-hari kena tunggu kering. Bau hapak la, padan muka aku :-P A friend used to have a teddy bear as a blanky. Teddy bear dia melayu, sebab namanya "Talib". Huh? Ada ke budak namakan teddy bear dia Talib? Adaa... hahaha wierd la! Kaezzzzz..... that's you! Huuuhuuuu!


OK walaupun blanky ni dah kira biasa untuk budak-budak, tapi aku rasa la, mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan anak-anak. Selain dari bakteria dari air liur yang kering pada bantal busuk, I'm sure banyak juga kuman-kuman lain yang melekat bila blanky ni diletakkan merata-rata. Think of these two monsters below - dust mites - lurking on and in your child's blanky!



Creepy crawlies... ewww....!




Tuesday, November 04, 2008

SECOND CAR


Angah & Bangah dok reccy kedai kereta sekitar PJ & Shah Alam, nak beli second car. Their existing car is a 7-seater MPV, sebab kalau berjalan tu memang berhangkut dengan anak-anak, maid & barang-barang (dan selalu jugak aku pun menebeng ikut diorang berjalan hehehe).
Second car ni is for Angah to drive to & from work, dan untuk hangkut bebudak gi tadika ke, kedai ke, bila time-time Bangah takde kat rumah la. Memandangkan depa ni semua kaki panjang dan besar saiz anak gajah, kena carik kereta yang bersaiz sesuai la. Dan memandangkan anak-anak Angah yang lasak, kereta kena ada safety features yang bagus.

Angah suka Honda CRV, tapi mahal sangat as a second car. Angah punya second choice Suzuki Grand Vitara, interior luas dan smooth driving, tapi exterior tu tak sporty, macam kotak sket. Aku suggest Toyota Rush, tapi cc kecik untuk saiz kereta - 1.5 cc untuk 7-seater.

Pakcu mencelah "Angah, pakcu tau kereta apa yang enjin bagus, ruang luas, dan paling selamat sekali, orang tak hijack kereta ni."

Kami toleh ke Pakcu, "Kereta apa?"

Pakcu dengan muka selamba kodok "Black Maria"

Cikobeng betul hehehe :-)