Tuesday, June 20, 2006

KAK NAM KAT OFIS

Gosip Korner Kak Nam Buyu-Buyu kat ofis aku hari ni sibuk bercerita tentang topik hangat akhbar hujung minggu baru ini. Mengalahkan berita nasional, ekonomi, atau berita dunia, hatta berita Pak Lah sekalipun. Topik apa? Cinderella story with a short ending.

Kesian ye si polan si polan tu. Bercerai juge akhirnya. Tulah aku dengar si polan tu g@y, sebab tu bininya mintak cerai. Betul ler tu kot, sebab tu dah tiga tahun tapi takde anak. Eh mana ada si polan tu mintak cerai, laki tu yang sendiri ceraikan si polan lah. Eleh betul ke boleh jadi kawan biasa je lepas ni? Eh, kau dah tengok kain batik baru yang aku bawak ni, beli ler boleh bayar ansur tiga bulan. Jom turun minum, aku rasa nak pekena teh tarik ah. Bola malam tadi, saper menang?

As much as I hate the cliche - that orang gomen ni takde keje, dok bergosip sambil jual kain, keluar minum atau menghilangkan diri sesuka hati tok nenek dia - yes, as much as I hate the cliche, tapi ujud juga umat Kak Nam ni kat ofis aku. Kekadang tu rasa nak smackdown je depa ni, tapi apa hak aku nak buat gitu kan? Agaknya depa ni ada boring personal life kot, sebab tulah mai ofis depa kena create entertainment untuk diri sendiri kot.

Cemerlang, gemilang, terbilang?
Yeah. Right.
Crap.

Monday, June 19, 2006

MAKAN BUFFET

Hari minggu lepas, birthday Ibu. We had a mini gathering, keluar makan ramai-ramai. Ibu ni agak adventurous juga bab-bab makan ni, she enjoys good food. Tapi memandangkan taste semua orang berbeza-beza, we decided on the next best thing - buffet la, apa lagi!


Aiskrim... yahoo!!! Nak makan sendiri


Boy who enjoyed his ice-cream...

... too much!

Nak tengok perangai makan sebenar orang M'sia ni, pergilah ke buffet hotel mana-mana. Ramai sungguh family yang keluar makan, sampaikan ruang cafe tak muat dan terpaksa 'buka' meja kat luar cafe. Adakah sebab makanan di situ sedap sangat? Atau keluar makan beramai-ramai pada hari minggu ni dah jadi satu budaya (kawan aku kata 'kultura') orang kita? Ataupun orang kita memang dah malas masak?

Sambil orang dewasa sibuk melantak, kekanak pula dihiburkan oleh seorang badut. Memang saban minggu pihak hotel ada sediakan badut. The last time we came, badutnya lelaki dan asyik memberi belon panjang yang dibentuk jadi pedang kepada kanak-kanak lelaki. Huru-hara juga lepas tu bila bebudak mula berlari-lari di antara meja buffet sambil bermain lawan pedang. Yang minggu lepas, badutnya wanita. Dia lebih suka buat belon berbentuk haiwan.


Ajiq dapat belon bentuk arnab

Belon Awin bentuk anjing poodle

Sambil makan, aku perhatikan orang keliling. Yah, ada yang makan ikut aturan, mula-mula roti, sup, salad, kemudian main course, dessert dan last sekali kopi. Ada yang tak kisah main blasah je apa yang berkenan. Ibu pun buat terbalik, dia makan dessert dulu, sebab dia memang suka pastries di buffet hotel ini. Anyway, it was a nice treat, seronok dapat berkumpul begitu, semua makan sedap-sedap dan tak perlu nak basuh pinggan selepas makan :-)

Aku terperasan satu benda la, tak tahulah samada kebiasaan atau kebetulan, dan samada relevan atau tidak. Sebenarnya tiap kali aku pegi buffet pun, aku memang selalu nampak perkara ni. Meja sebelah-sebelah kami, diduduki oleh bangsa yang matanya sepet. Bila aku jengah ke meja mereka, kebanyakan pinggan yang ditinggalkan adalah licin. Jarang kelihatan makanan yang diambil tapi dibazirkan. Adakah sebab mereka kuat makan dan akan makan semua benda yang diambil? Ataupun, mereka hanya mengambil apa yang mereka hendak makan sahaja?

Apa pun alasannya, aku suka dengan cara mereka yang tidak membazirkan makanan ini. Memanglah bila pegi buffet, sekali bayar, ambil saja apa dan sebanyak mana yang kita mahu. Kalau dah ambil dan lepas tu tak larat makan, tak apa. Waiter akan datang dan angkat pinggan makanan itu. Tak payah la kita nak rasa kesal sebab membazir makanan, tak payah rasa rugi sebab membuang rezeki, tak payah fikirkan orang lain yang kurang beruntung dari kita yang mungkin akan amat menghargai makanan tersebut jika diberikan kepada mereka. Tak payah ingat pada saudara kita di Afrika yang kebuluran, saudara kita di negara-negara zon perang yang tak cukup makan, saudara kita di negara zon bencana alam yang serba kekurangan. Tak payah semua itu, tak payah lah.

Apa-apa pun, aku tak lah rasa guilty sebab pinggan aku licin juga. Eh, ini sebab aku tak membazir ke, atau sebab aku kuat makan? Errrkkk......

Saturday, June 17, 2006

SI JANGGUT DARI KUANTAN

Tengahari. Perut dah mula keroncong.
Semua orang nampak dalam mood rileks.
Yelah hari Jumaat tengahari, dah hampir nak hujung minggu kan.
Aku pun dok sembang dengan Nash.

Kringg kringgg.

Panggilan dari branch office di Kuantan.
Oh, Janggut rupanya.


Hello - assalammualaikum - alaikumsalam - pekabar etc etc


Janggut
:
Aku dengar kat department kau ada kekosongan ek?

Jie
:
Ha'ah la, minat ke nak mohon?

Janggut
:
Tulah aku ingat nak juga mohon transfer ke KL. Dekat sikit ngan bini aku kat Seremban.

Jie : Eh, bukan bini kau kat Kuantan ke?

Janggut
:
Kat Raub. Bini nombor satu, kampung kat Raub.

Jie
:
Ohhh....

Janggut
:
Yang nombor dua tu kampungnya kat Seremban. So kalu aku transfer KL, senang la aku nak berulang, ke Raub pun dekat ke Seremban pun dekat.

Jie
:
Ohh.... gitu.... aku ingatkan dua-dua dok Kuantan dengan kau. Dulu masa kau kat branch Kota Bharu, depa ikut duduk Kota Bharu gak kan?

Nash
(mamat ni enter frame - menyampuk) :
Yang kat Kota Bharu tu nombor tiga daa....

Jie : Errrkkk..... !


Hebat kawan aku si Janggut ni, multi-tasking - manager, organizer, PR dan macam-macam lagi. Mesti dia pandai bahagikan masa, susun jadual, atur bajet, travel ke hulu ke hilir, banyak pakai tenaga nih.

Janggut, kau minum tongkat ali power root ek?

Saturday, June 10, 2006

FAITH

A friend asked me this today - have you ever wanted something so badly, prayed to the Almighty so often asking Him to grant you this thing, then one day, your prayer is answered and you become the happiest person on earth. But after a while, you find that it's not as good as you expected it to be. You feel so angry at the Almighty, no less. Have you experienced this before?

Well, that's a very big question, Muds, even from you who have constantly been the 'mind-boggler' in our circle of friends. (Note : Muds is the nutcase who comes up with questions like 'what is the function of underarm hair?' and 'apa pengertian fardhu kifayah?' all in one breath)

Flashback. I don't remember exactly praying hard for a certain something. But in my mid-twenties, in the midst of the usual after-solat doa of 'diampunkan dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dibukakan pintu hati untuk belajar' for myself & family, I started inserting 'dipercepatkan jodoh' in my doa, and it became a part of my regular doa. Later on, I modified it into 'dipertemukan dengan lelaki yang boleh membimbingku menjadi manusia yang lebih baik'. Then after I met him, that bit of my doa was modified again into 'dipercepatkan jodoh dengannya, jika itu yang terbaik buat diriku'. Not long after that, we were united. Happily ever after? Yeah right.

On top of emotional trauma, the spiritual post-trauma was awful. I became a lost soul for a while. Merajuk dengan Tuhan. Boleh ke? I've never ever done any of the big sins You forbade upon us. I know I'm not perfect and perhaps I didn't do as much of the sunnah as I should've done, but at least I try to make sure the wajib is performed. And this is what I get? Is it too much to ask for, to grant me a normal family life, which you've already given to billions of others around the world? I did ask you to grant me that jodoh if it was the best for me. Why did You give it to me, if you know it was going to be temporary, why don't You just not give me it at all? I felt betrayed, I was so crushed.

It took quite a while and much support from loved ones to enable me to recover. I owe much of the spiritual guidance to an old friend, Brass, who lovingly helped me find my way back to Him. Something Muds once said, now made sense to me - "satu perkara yang amat sukar ialah untuk bersangka baik terhadap Allah".

Been there, done that, bought the t-shirt. And yes, I can verify that memang amat sukar untuk bersangka baik terhadap Allah, bila kita telah berhadapan dengan berbagai ujian yang datang dariNya. This is where faith comes in. Think about it.

*sorry folks, no pics today. Jie is in mulling mode*

Sunday, June 04, 2006

MISYAR ME PLEASE.....NOT!

I haven't been a good blogger lately. As usual la kat ofis tu kengkadang kerja bagai tsunami, tiba-tiba je terlalu banyak yang landing kat meja aku. 'Kaklong' department aku pun lately ni menyinga aje, biasalah minah perpetual pms tuh.

Anyway, been meaning to write a little on this 'misyar' issue that's been in the news lately. An esteemed Professor was quoted in the newspaper suggesting that 'misyar' marriages be allowed in Malaysia. A simple description of misyar was "whereby a couple enters into matrimony with the understanding that the husband is free of any material obligations (nafkah zahir) and only has to perform conjugal obligations (nafkah bathin)"

Nice one, Prof. And to think, in uni I actually read your book which was a textbook for one of the course subjects, peh! Sorry, I'm not well-versed in religious matters to delve too deeply into what the arabs are practicing, but the way you put it (that is if the media quoted you correctly) looks like nothing better than to legalize f*ck-buddies. Cool! A toast, bring out the bubblies! Oopss sorry, no bubblies, because alchohol is still haram (f*ck all you like, as long as you don't get drunk??? LOL)

My take on this one - berbalik pada asal je la... apa tujuan perkahwinan?
Nak bina institusi keluarga ke.... atau nak puaskan nafsu aje?
Apa perasaan anda kalau adik atau anak perempuan anda kena, boleh terima ke?
Alasan-alasan yang diberi, sungguh menghina wanita, sedangkan nabi & Islam muliakan wanita!

- 'bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin', - solution dah ada, sebab lelaki boleh kahwin 4... tapi kena penuhi semua requirement la. Kalau ada misyar, amboi lesen besar la untuk buka 3-4 cawangan, dan bini pertama tak boleh halang laki kawin lagi, sebab 'tak rugi' (harta) pun. Btw, many single or single-again ladies I know, for various reasons, make a choice of not getting married (yet/again), and they don't find singlehood a problem at all.

- 'perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat' - impliedly, kalau ada misyar dan laki dah beri nafkah batin, pompuan takkan buat maksiat lagi. Apa, ingat pompuan ni nak sex aje ke? Helloooo... it takes two to tango.... and only one aggressor to rape... how? Pompuan saja yang ada potential for maksiat ke? (no offence, guys)

- 'berdasarkan situasi mashalahat berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin' - this is so cliche, tanggapan negatif masyarakat pada janda dan pompuan single. To be honest, semua orang ada nafsu, that's normal. Tapi banyak lagi benda nak dibuat dalam hidup ni selain sex, dan banyak kekangan yang boleh kita bina sendiri untuk elakkan diri dari maksiat, terutamanya faktor ugama dan faktor hormat & jaga air muka ibubapa kita.

Kalau tujuan misyar ni untuk membantu wanita, I beg to differ. In fact, it will only lead to more misery for the womenfolk, who will have added responsibilities and yet no one to share it with. Habis manis, sepah dibuang. Kalau dapat anak, adakah misyar-ness (my word for 'irresponsibility') ni will be extended to the children?

These days, promiscuity is usually a matter of choice, not need. That's why some married people (also among my friends) have sex outside marriage just as much as some single people, clearly negating the Prof's suggestions of misyar to 'mengurangkan perlakuan maksiat'. Each to his own, kubur asing-asing, beb!

I'm sorry, I really cannot accept this misyar idea!!!!!! Do we really need to legalize unfaithful & irresponsible spouses? So kalau nak kawin misyar ni, tak payah bayar mahar (maskahwin) la pun kot. Sebab mahar tu sepatutnya adalah pemberian nafkah zahir pertama diberi oleh suami kepada isteri. Kawin free aje, datang bawak diri (dan jangan lupa bawa k*nek sebab yang penting ialah kena beri nafkah batin). Yezzaaaa.......

So after that, to balance out, and just for the fun of it, why not give the kuasa talak to the ladies? Scenario in a syariah court : "Tuan Hakim, saya mahu ceraikan suami saya sebab dia gagal memuaskan nafsu saya". OK whaaattt.....

*Sumimasen, Jie is emotionally stressed out lately, she's been on a diet, but the weighing scale needle still stubbornly points to the same number. Aaaarrrgggghhhhhh!!! So she had a double scoop of lecka-lecka's nockies yesterday afternoon.*

Incidentally, here's a pic of a mass wedding ceremony held in Saudi. The grooms are so brave, no? Tak takut tertukar bride ke hehehe :-)


Have a nice weekend, folks!