Sunday, March 27, 2005

HE, WHO USED TO CALL ME 'SAYANG'

It's been months since we last spoke, I think it was since the last Raya. We both decided to not contact each other again, ever. Otherwise we'll always stay in limbo, neither here nor there, merely occupying space in this darn bloody world. I really want to get on with my life. Find someone, settle down, 1 house + 2 cars + 3 kids in tow, peaceful life, blissful existance. Any of that came true yet? NO. NYET. NADA. ILLEK PUCHEK.

Then last week, he called. During lunch hour at the office. I can't describe how I felt on hearing his voice! A great big heavy weight was lifted from my mind. There's a certain relief which I don't know why or where it came from. Lucky I was able to keep my emotions in check, to not break into tears in the office. I realized how worried sick I had always been, not knowing where he was, dah makan ke belum, sihat ke sakit etc etc.

He asked me whether I was married, because if I was then he would put the phone down. I said I wasn't. I asked after Mak & the kids. Mak dah mula sakit2 & lemah badan. I wonder if to this day she is still under the illusion that we were still together? He never told her about the Big D, I think. Angah, the genius among the siblings, has started working in Motorola even before graduation. Along has just finished his final exams. Nana's taking PMR this year. Nothing new with the rest of the kids.

Please Allah, give me strength to decide my future. I still love him very very much, but I do need to get on with my life!!!! There is never a chance in a million for him to ever change, and so this relationship is futile.

Please Allah, make us both forget each other, so that we can get on with our separate lives. Please let him meet the perfect woman for him, for he has been searching so long and has made great sacrifices and mistakes along the way. This is my doa for him. I know he needs someone to take care of him, especially at this later stage of life when everything should have been long settled-down.

And doa for myself, please give me strength to get through this loneliness. Please heal my heart, so I can love again. Please shield me with iman, so I won't get side-tracked, for the temptations are great and the willpower is not strong. Please purify my heart, so I won't feel hurt & envy everytime I see married couples or people with kids. And please give me health and good fortune so I can at least be of service to my parents in the time being.

Allah, will you grant me my doa?

Sunday, March 20, 2005

MIStik, BAGI ORANG YANG RABUN I.T

Aku angkat dua belah tangan, kibar bendera putih. Sesungguhnyalah aku bukan orang yang pandai komputer atau bijak teknologi. Tau sikit-sikit je, cukup untuk melayakkan aku sebagai ‘rabun IT’ dan bukannya buta IT terus.

Teknikal itu bukan bidang aku. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba explore kemudahan IT yang disediakan di pejabat, which was how I came across blogs in the first place. Tak reti sangat, blasah aje klik sini klik sana. Hasilnya aku jumpa satu dunia lain yang betul-betul membuka mindaku, mengasah daya fikir, menambah pengetahuan am, membaca pandangan & pendapat pelbagai lapisan masyarakat, sumber berita/isu terkini dan err... juga sebagai sumber hiburan, sket la.

Kerja harianku memang banyak. Jadi aku curi-curi masa untuk mengintai blog 20-30 minit pada waktu aku makan sarapan tapau kat meja aku (kalau tak baca blog, aku bukannya boleh buat keje pun masa tengah makan, kan?) dan satu jam pada waktu lunch break. Aku tidak chat. Aku tidak layari porn. Aku tidak main game, samada online atau tidak. Aku tidak bergayut di telefon. Aku tidak keluar lunch 20 minit awal untuk meraban di shopping complex dan kembali ke pejabat lewat dengan beg plastik Sogo berbondong-bondong (lik-a da medem she do dat). Oh tidak tidak tidak tidak.

{ Habis tu apa yang jadik??? }

Ha, nak cerita la ni – aku dapat emel cinta dari System Administrator. “Anda didapati melayari laman web yang tiada kaitan dengan kerja dan oleh itu kemudahan internet anda boleh digantung.” Hek eleh.

Masa medem nak beli rumah dulu, siapa yang disuruh cari iklan rumah for sale di Bangi dalam internet? Masa medem nak pegi trip ke Jepun, siapa yang disuruh meng-google tarikh & tempat bunga sakura kembang? Masa medem nak buat kad jemputan jamuan, siapa yang kena search internet untuk grafik bunga ros yang perfect ikut taste dia untuk dicetak atas kad tu? Masa medem berangan nak gi trip ke US, siapa disuruh survey kat mana hotel & tempat shopping yang best di LA?

Patek Yang Menurut Perintah.

Jangan salahkan sesiapa kalau sistem dan perisian canggih yang dibangunkan hanya menjadi gajah putih dan orang gomen jauh ketinggalan dalam dunia IT yang seakan MIStik ini. Teringat aku kat sorang staf yang dah bersara tahun lepas, komputer di atas mejanya menjadi tukun, yang jarang-jarang dinyalakan, mungkin dia tak berminat. Manakala seorang lagi staf (level pengurusan) yang backgroundnya Perakaunan, tapi mengambil Masters dalam bidang IT pada umurnya lewat 40-an, sebab DIA BERMINAT.

Aku? Aku sekarang ber-internet dari rumah je la.

p/s - terbaru, medem minta googlekan maklumat kolej/universiti di France/Germany yang ada tawarkan kursus pembikinan perabot, sebab dia (aku rasa la) tengah bercadang nak buat lawatan kerja ke sana plak. Sori la, haram aku tak carikan... hehehe kali ni patek tak mau turut perintah.

PEGI KEDAI

Petang tadi singgah kedai runcit dekat rumah, beli barang dapur sikit. Dah lama tak pegi ke kedai runcit, selalunya membeli barang di pasaraya Giant, Jusco, Sogo etc, walaupun untuk membeli dua atau tiga item sahaja. Teringat zaman kanak-kanak semasa pasaraya tak banyak ujud di Malaysia. Zaman dulu-kala, alamak terasa tuanya aku! Sekali-sekala dapat ikut arwah atuk berjalan kaki dari rumah ke kedai runcit, rasa ‘grand’ je nak-nak kalau dapat aiskrim potong satu. Fuh! Best!

Itu lebih 25 tahun lepas. Sekarang, kedai-kedai runcit ni umpama hidup segan mati tak mau. Suram dan muram. Masih adakah esok untuk mereka, atau adakah akan kecut kering umpama habis darahnya dihisap pasaraya-pasaraya besar? Entah. Good luck, Pak Leman (tokey kedai runcit dekat rumah aku).

HALAL?

Isu makanan Halal sekarang hangat diperkatakan dalam semua bentuk media, termasuk dalam blogs. Apakah insiden ini akibat dari ketamakan pengilang/penjual berkenaan untuk membuat duit, atau kekhilafan kerana kurang pengetahuan, atau sikap kurang ajar, tidak menghormati dan tak peduli dengan sensitiviti orang lain?

Banyak threads yang menyentuh sensitiviti muslim mengenai makanan yang haram kerana mengandungi khinzir. Aku sedikit hairan kerana yang haram tu, bukan saja yang mengandungi khinzir, tetapi banyak aspek lain yang perlu diberi perhatian seperti proses penyembelihan, makanan mengandungi arak dan mengandungi bahan sampingan lain yang sumbernya tidak halal, tetapi perkara ini tidak berapa ditekankan di kalangan segelintir orang kita.

Setelah sekian lama, aku juga terasa tertipu. Dari dulu aku suka makan kek dan tak pernah pertikaikan halal/haramnya sebab beranggapan kek tidak mengandungi bahan khinzir. Much later baru aku find out that kek tiramisu kegemaranku mengandungi alkohol. Masakan Eropah lain juga ada mengandungi cooking wine dan ada roti/pastry dibuat menggunakan lard (lemak khinzir). Kini sosej pula mengandungi usus khinzir. Tipah tertipu, bang! Aku makan semua ni di Malaysia, bukan di luar negara!

Aduh.... padan la ramai orang sekarang (termasuk aku) culas beribadat, sembahyang pun hujung-hujung waktu dan amat jarang sekali buat ibadat sunat. Agaknya tanpa disedari selama ini mulut dan perut diisi dengan pelbagai benda haram, membuatkan hati jadi gelap? Aku akui, di zaman remaja dulu aku relax, disamping confident yang aku boleh makan tanpa was-was di bumi sendiri. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni aku lebih teliti tentang pemakanan, but I shudder to think how much haram food had I actually ingested all these previous years? Bila dah jadi darah-daging, kemudian dapat pula zuriat... *ngeri!*

On another note, aku rasa aspek menghormati sensitiviti ini bukan saja terpakai pada muslim, tapi juga agama dan bangsa lain. Kita muslim mengamuk bila dihidangkan makanan tidak halal, tapi berapa kerat antara kita yang amat prihatin dengan keperluan rakan beragama hindu yang tak boleh makan lembu, atau rakan vegetarian yang tak boleh menjamah animal product?

Aku teringat di pejabat ibuku dulu (staf majoriti muslim), ada seorang staf yang vegetarian. Setiap kali mereka mengadakan jamuan, perlu pastikan ada hidangan vegetarian untuk staf ini. Ramai staf lain yang merungut dan menyumpah kerana si-vegetarian seorang ini 'menyusahkan'. Lama-lama, si-vegetarian cari alasan untuk tidak hadiri jamuan pejabat. Kesian, terpinggir dia.

Satu lagi insiden, di mana seorang muslim tidak menyambut tangan yang dihulurkan oleh seorang non-muslim. Dia buat tak nampak je, kemudian berbisik "taknak salam tangan yang pegang babi". Aku sedih. Di mana sensitiviti dan toleransi kita sebagai muslim?

Tuesday, March 15, 2005

DON'T CRY

I thought I am totally over it, totally recovered from my past experience. For quite some time now I've been quite able to set aside all my emotions, locked securely in a steel box tucked way in the farthest corner of my mind. Then something happens to trigger the memories, and all the emotions wash in like a tidal wave.

Allah, give me strength to overcome this one, too.

I don't wanna cry anymore, please, please, please.....

I miss him so much, so very much!!!!!! But I know we'll never be back together again, ever.

Don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry, don't cry

Saturday, March 12, 2005

OFURO

Dalam kursus persediaan sebelum ke Jepun, kami diberitahu tentang Ofuro. Penerangan itu membuatkan ramai yang tergelak besar dan ramai juga yang seram-sejuk.

Apa itu Ofuro? Ofuro ialah sebuah 'common bath' iaitu kolam mandi yang diisi air panas berubat, yang digunakan oleh semua orang untuk berendam beramai-ramai selepas mandi membersihkan tubuh. Kebiasaanya berendam dalam keadaan tanpa pakaian. Itu yang membuat kami susah hati! Hampir semua rumah Jepun ada ofuro, jadi kami diingatkan tatacara menggunakannya.

Aku berpeluang untuk mandi di Ofuro semasa kursus bersama belia Jepun di Hotel Sugadaira. Ada, kami berkemban, jangan risau. Masa tu dah lewat jam 12 tengah malam. Aku, Najila & Tim beriya-iya nak juga cuba ofuro ni, yelah bukannya ada di Malaysia kan. So salah seorang kawan baru kami offer nak bawa kami ke sana.

OK, sebelum masuk ofuro, kena mandi dulu di shower yang ada disediakan. Wanita-wanita Jepun tu dengan penuh selamba menanggalkan pakaian dan mandi sambil berbual-bual, kami pula yang terasa malu untuk memandang mereka.

Kawan kami explain kat wanita-wanita Jepun lain, bahawa kami sebagai muslim tak boleh berbogel di khalayak ramai. Oleh itu kami minta permission untuk berendam dengan berkemban. OKlah, mereka faham dan tak kisah, so dapat la kami join. Memang airnya panas & ada water jets under the surface, so macam a really big jacuzzi la. Sedap betul berendam, rasa badan selesa dan tidur nyenyak malam tu!

Aku agak pelik dengan attitude orang Jepun. Secara amnya mereka ni masyarakat yang lembut, sopan-santun, pemalu dan punya nilai moral tinggi. Tapi camna lak boleh mandi bogel beramai-ramai? Disesetengah tempat, lain jantina pun boleh mandi bersama-sama tanpa ada apa-apa kejadian xxx.

Kawan baru kami terangkan, bahawa bila mereka mandi ofuro, mereka melakukannya dengan satu tujuan khusus, iaitu MANDI sahaja. Oleh itu takde sesiapa yang akan pandang orang lain. Sebab tulah mereka tak segan. Seumpama wanita yang mendedahkan breast in public akan dianggap tak senonoh, tapi sekiranya wanita itu sedang breastfeeding, orang boleh terima.

Betul juga tu.

NI HON JIN (Orang Jepun)

Apa perasaan orang kita terhadap orang Jepun sekarang?

OK, personally, aku no hal punya. Family aku masa zaman perang dulu, tak susah sebab arwah Atuk diambil kerja sebagai driver kepada seorang pegawai tentera Jepun yang baik hati. Tapi kalau diikutkan dari semangat nasionalisme & sentimen, adoiiii.... mesti benci.

Aku difahamkan, salah satu target program pandang ke timur ini selain dari untuk berkongsi pengetahuan, teknologi & kebudayaan, ia juga satu usaha kerajaan Jepun untuk memujuk jiwa-jiwa yang terluka semasa zaman Perang Dunia Kedua dulu, sebab itu pesertanya dari negara-negara Asean yang pernah dijajah Jepun. Bayangkan the cost for one participant of this programme is about RM80,000+. Tahun lepas ada 9 program, aku tak pasti bilangan peserta tiap program, but ours had about 40 participants. Jadi kerajaan & rakyat Jepun sekarang betul-betul menanggung sins of thy fathers!

Anyway, semasa menerima tawaran program ni dulu, aku buat persediaan mental untuk membuka hati & minda to fully experience everything that they have to offer. Most of us begitu. Tapi sayangnya ada a few participants yang joined with the wrong frame of mind. Ada yang pergi ke Jepun berbekalkan sentimen 'benci Jepun' (aku berbekalkan maggi & serunding), ada yang hanya ingin 'makan angin' (aku makan sushi!), dan ada yang macam siput, kalau boleh nak 'bawa Malaysia'(cengkerangnya) ke Jepun. Aku tak angkat port la semua ni, yang penting aku hargai peluang dan gunakan sepenuhnya untuk menambahkan pengalaman & membuka minda aku, asalkan tak buat benda haram sudahlah.

Aku dengar, Yoko tak tahu pun tentang peranan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dulu hinggalah umurnya dewasa. Semasa dia mendengar cerita dari orang tuanya, dia jadi emosional dan malu sangat menjadi orang Jepun, dan rasa bertanggung-jawab untuk baiki keadaan. Kesian dia masa mula-mula program, ada jugak bibir-bibir yang terjuih ke arahnya. Tapi melihatkan komitmennya menjaga kami sepanjang 4 minggu tu, aku salute babe! Sesampai di tiap hotel, dia yang sibuk keluarkan kompas untuk carikan arah kiblat. Pagi-pagi apabila kami turun sarapan, dia dah turun terlebih dulu untuk beritahu makanan apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Jika ada sesiapa yang nampak kurang ceria atau tak sihat, dia yang sibuk bertanya khabar etc.

Inilah perkara yang diharapkan dapat dicontohi dan diterapkan dalam perkhidmatan awam sebenarnya. Komitmen, semangat, bersungguh, amanah, santun. Aku harap lebih ramai kakitangan dalam department aku akan berpeluang melalui program ini. Pak Lah pun sure suka!

Terlanjur bercerita tentang Perang, aku bertanya Yoko, apa maksud 'bagero' yang kononnya selalu disebut-sebut tentera Jepun dulu. Yoko tergelak dan berkata, tiada perkataan 'bagero' dalam nihongo, yang ada ialah 'bakaiyaro' bermaksud 'bodoh'. OKlah, it brings bad images of tentera jepun yang memarahi orang kita dengan kata-kata itu. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat belajar satu perkataan baru.... heheheh :-)

Friday, March 11, 2005

JADI TAMU

Masa memula buat plan ngan Etone untuk ke Kuching, Etone wanted to spend all 3 days & 2 nights with Jam & family. Aku berjaya memujuk Etone untuk dok hotel on Friday night, then Sabtu malam je tidur kat rumah Jam. Aku ada sebab sendiri kenapa prefer taknak lama di rumah Jam.

Masa di Jepun, 4 minggu kami habiskan masa bersama dalam grup kecil 24 orang, jadi most of us got pretty close. Aku, Emi & Afzan close dengan Jam, tapi bukannya ada apa-apa. Bila balik, kami semua masih contact through phone, sms & email. Aku tak pasti samada Sal take note who among us yang ada contact Jam, but aku agak kerap juga contact dia & vice versa.

Kami semua faham keadaan ini. Tapi sebagai seorang isteri, Sal (Jam's wife) mesti tertanya-tanya juga, apa yang berlaku sepanjang tempoh 4 minggu tu? Entahlah, maybe I'm mistaken. Tapi naluri wanita aku berkata, hati-hati. Aku tak mahu nanti kami have fun dengan Jam selama 3 hari, tapi lepas tu Jam & Sal bermasam muka 3 minggu.

Friday in Kuching, aku & Etone bermalam di hotel. Yoko yang sepatutnya sampai hari Sabtu petang, managed to fly in earlier dan sampai kul 10.30 malam. Jam & Sal picked us up from the hotel, we proceeded to the airport to pick up Yoko, then had a late dinner.

Masa dalam kereta dan masa dinner, aku perhatikan wajah Sal. Aku rasa tekaan aku tak lari jauh, she's not very comfortable with us. Maybe sebab first time jumpa, but maybe also sebab (I think) she thinks both me & Etone are single. Kalaulah dia tahu status aku, rasanya mesti dia lebih uncomfortable.

And so the rest of the time when we were all together, aku & Etone pastikan kami lebih banyak bercakap ngan Sal daripada ngan Jam. Letih juga! But they were both very, very kind to us, bawak sini-sana, belanja makan, tolong bargain masa shopping etc. Arigato gozaimasu tomodachi-san! Puas hati aku dapat makan mi kolok banyak-banyak!

Depa ada 3 anak - Kila, Ju'a & Fariz. Atau Akira-chan, Najura-chan & Farizu-kun. Aku sedari awal tertarik ngan Ju'a, manjanya bukan main :-) Aku harap kami tak terlalu menyusahkan Jam & family, mana tahu esok-esok akan ke Kuching lagi.

Sunday, March 06, 2005

I'M BACK

Touch down kul 7.30pm, gitu-gini sampai rumah kul 9.15pm.

I promised myself not to go shopping in Kuching, sebab the main reason of going there was to meet up with friends especially Yokosan. But I ended up with baggage weighing 27kg which is a lot heavier than the pair of jeans, 4 tshirts and underwear which I had brought with me from KL.

More about what happened in Kuching in a later post. Right now I'm damn bloody hungry (Air Asia takde serve meals, tak kuasa nak beli sandwich seto'it itu RM5... )

Da!

Wednesday, March 02, 2005

DOUBLE STANDARD

Dia buat boleh, kita buat tak boleh. Dia betul saja, kita salah manjang. Itu tak kena, ini tak kena.

Medem, simptom menopos ke?*

* Disclaimer – sikit pun takde niat nak mempermainkan menopos, semua wanita termasuk aku pasti akan melaluinya satu hari nanti, kalau panjang umur la. Antara simptom-simptom sebenar menopos termasuklah gangguan emosi, panas baran, tidak selesa, hot flushes etc. Sila google "menopause" untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Update NI HO N GO

Kebetulan, Yoko-san sekarang berada di Malaysia kerana menyertai satu program NGO. Yahoo! Boleh jumpa!

Hari Jumaat, aku dan Etone-san akan fly ke Kuching untuk berjumpa Yoko-san,dan di sana kami akan juga berjumpa dengan Jam-san dan Diru-san. Wah, mini-reunion la ni. Tak sabar nak jumpa kengkawan!

Err... mana buku Ni Ho N Go aku.... nak kena refresh vocab....

NI HO N GO

Ohaiyo Gozaimasu! (selamat pagi!)
Hajimemashite. (apa khabar?)
Watashi wa --- desu. (nama saya ---)
Mareishia no kara kimashita. (saya datang dari Malaysia)
Dozo yoroshiku onegaishimasu. (selamat berkenalan)

Ini skrip official untuk peserta program Rancangan Undangan Belia JICA.

Skrip tak official plak :-

Butaniku dame desu! (Saya tak makan daging khinzir!)
Toire wa doko desu ka? (Tandas kat mana?)
Hyaku Yen. (100 Yen – penting! kedai souvenir ‘tak mahal’ untuk kengkawan di Malaysia)
Kaimono! Kaimono! (Shopping! Shopping!)
Kore wa ikura desu ka? (Berapa harga ini?)
Takai desu! (Mahalnya!)
Shashin ishoni ii desu ka? (Boleh saya ambil gambar bersama awak?- penting bila nampak awek Jepun yang comel lote :-)

Satu pengalaman yang takkan dilupakan hingga ke akhir hayat. Rasa bertuah diberi penghormatan sebagai tetamu negara matahari terbit.

Emi-san, Afzan-san, Nida-san, Emili-san, Ina-san, Etone-san, Najila-san, Nita-san, Wawa-san, Diru-san, Tim-san, Zam-san, Khairuru-san, Jam-san, Husbi-san, Rizaru-san, Saifuru-san, Anuar-san, Ajizu-san, Zaidi-san & Kamaruru-san.

Yoko-san & Kenji-san, thank you for taking good care of us over there. Yoko-san siap bawa kompas untuk tolong carikan arah kiblat di setiap tempat yang dilawati. Terima kasih!